Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Rasanya sudah sekian
lama saya tidak mampir ke blog ini, mungkin atas keterbatasan waktu dan
kesibukan hal-hal yang lain, Namun hari ini saya mendapat sedikit kekuatan dan motivasi untuk menulis satu pengisian yang baru.
Seusai kuliah Magrhib di Masjid UMS sebentar tadi maka saya ingin turut berkongsikan beberapa perkara yang sempat saya "ikat" dalam buku saya,
Seusai kuliah Magrhib di Masjid UMS sebentar tadi maka saya ingin turut berkongsikan beberapa perkara yang sempat saya "ikat" dalam buku saya,
Islam agama yang
meliputi segenap perkara, daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah
sebesar-besar perkara. Islam sangat menitik beratkan soal Ilmu, sehinggakan
menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas umat Islam. Ibadah seperti Solat, Puasa
dan banyak lagi ibadah wajib yang lain hanya dapat dilakukan dengan sempurna
melalui Ilmu. Para Ulamak berpendapat bahawa suatu perkara yang mana apabila
tiadanya akan menyebabkan suatu perkara yang wajib itu tidak sempurna, maka ia
adalah wajib. Oleh sebab itulah menuntut Ilmu itu adalah Wajib.
Nabi Musa A.S sanggup
menempuh berbatu-batu perjalanan bersama dengan Nabi Khidir A.S semata-mata
untuk menuntut Ilmu
begitu juga dengan Jabir bin Abdillah
sanggup berjalan selama sebulan demi mendapatkan 1 hadis daripada Abdullah bin
Unais,
Demikianlah digambarkan
perihal pentingnya Ilmu di dalam kehidupan manusia…
Maka dengan itu saya
ingin berkongsi seculin pengetahuan yang saya peroleh, yang mana ia berkaitan dengan
4 perkara yang PERLU TIADA tatkala kita ingin menuntut Ilmu.
1. Membesarkan diri/ bangga
diri/ sombong. Sifat seperti ini perlu disingkirkan pada diri seorang penuntut
ilmu. Ilmu yang diperoleh manusia hanyalah ibarat setitis air di lautan, namun
dengan setitis itulah manusia berasa dirinya lebih hebat daripada orang lain,
dengan setits itulah manusia membelakangkan Tuhan, malah ada yang berlagak
seperti Tuhan. Kerana apa? Kerana sombong, takbur, berasa dirinya lebih baik
daripada yang lain. Kita pasti tahu mengapa Iblis terlaknat selamanya, bukan
kerana dia berzina, bukan kerana merompak, tetapi kerana sombong, berasa
dirinya jauh lebih hebat daripada Adam A.S.
2. Berasa cukup dengan
Ilmu yang diperoleh. Janganlah seorang penuntut ilmu itu berasa dirinya sudah
cukup berilmu sehingga dia enggan untuk mencari ilmu lagi. Sedangkan menuntut
ilmu itu adalah proses sepanjang hayat.
3. Malas. Malas akan
menenggelamkan manusia dalam dunia ini, ia ibarat kubur bagi mereka yang masih
hidup.
4. Malu. Sifat malu
itu adalah satu sifat mulia, namun dalam perihal menuntut ilmu, sifat malu adalah
suatu sifat yang terlarang. Sehinggakan dalam peribahasa Melayu mengatakan
bahawa malu bertanya sesat jalan. Contohnya kita pandai membaca al Quran, namun
kita malu bertanya kepada orang yang pandai, maka kita akan kekal dalam
kejahilan, sedangkan al Quran adalah rujukan utama Umat Islam. Mereka yang
membaca al Quran, kelak akan mendapat pertolongan di akhirat.
Mungkin setakat itu
saja untuk perkongsian kali ini, segala perkara kebaikan itu adalah datang
daripada Allah, dan keburukan itu adalah atas kelemahan diri saya sendiri.
sekiranya ada sebarang kesilapan dan kekurangan mohon untuk ditegur agar dapat pula diperbaiki.
Wallahu A’lam
Terima kasih atas perkongsian ini tuan.. semoga 4 perkara ini dapat diatasi dalam diri..☺
BalasPadamsama-sama tuan... InsyaAllah...
Padam