Amir Nusantara

Selasa, 27 Disember 2016

Dari Lembah-lembah Neraka

Dari lembah-lembah neraka,
Mungkin begitulah yang aku rasa,
Bau hanyir dosa-dosa semalam masih pekat menyelimuti tubuhku,
Merangkak aku, 
bertongkat aku,
Cuba menarik seluruh aku,
Dari kelam dunia yang gelap itu,
Kini dan di sini,
Bukan mudah jalan yang telah dilalui,
Sedikit pun tiada lagi ingin aku kembali,
Pada lembah-lembah yang penuh berduri,
Pada-Mu ya Rabb,
Ku tumpu seluruh harap,
Sehingga jantung tidak lagi berdegub,
Sehingga mata selamanyakan terlelap.


Amir, 23 Rabiul Awal 1438 H