Amir Nusantara

Jumaat, 8 Disember 2017

Ranting-ranting hidup

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Dalam ilmu Psikologi,
Masalah yang sering terzahir dalam hidup manusia hanyalah ranting yang lahir daripada satu pokok atau dari akar yang tersembunyi,
umpama rumput yang panjang di jalanan,
yang nampak hanya rumputnya, sedangkan akarnya tidak.
Begitu juga Palestine,
bahkan Syria, Rohingya dan yang lain-lain,
Yang zahir pada mata kita hanyalah penindasan, pergolakan, peperangan dan pelbagai lagi corak kezaliman,
Sedangkan ia hanya ranting daripada satu pokok yang sama,
Iaitu perpecahan umat Islam.
Maka Khabarkanlah kepada orang-orang Islam,
usahlah bercakap soal kebebasan Palestine,
andai mereka sendiri belum mampu memerdekakan diri daripada kebodohan yang melimpah ruah.
Melainkan mereka yang benar-benar Ikhlas terhadap agama,

Khamis, 7 Disember 2017

Antara punca Stres dalam rumah tangga




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Berikut antara punca Stres dalam rumah tangga
1) Jangkaan tidak realistik pasangan mendambakan sesuatu yang agak sukar untuk diperoleh daripada pasangannya. Suami mengharapkan disambuti dengan baik oleh ister setiap kali balik daripada kerja atau isteri mengharapkan suami peredaran waktu. sentiasa berkelakuan romantik. Sedangkan hal itu boleh berubah mengikut


2) Komunikasi
Komunikasi yang kurang baik antara pasangan. Suami terlalu agresif sementara Isteri terlalu Pasif atau sebenarnya boleh juga berlaku sebaliknya.

3) Kewangan
Isu kewangan pasti bersangkutan dengan kehidupan seharian. Ia boleh menyebabkan stres antara suami dan isteri sekiranya kedua-dua pihak mempunyai tanggapan yang terlalu berbeza soal penggunaan wang. Contohnya suami suka berjimat dan menggunakan wang sekadar keperluan, tetapi isteri pula suka membeli-belah, beli cincin, beg tangan, berdandan rambut. Atau boleh juga berlaku sebaliknya.
 4) Seksual
Ia boleh jadi juga tempias daripada isu 1 dan 2, kerana pasangan terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat dipenuhi daripada pasangannya.

5) Anak-anak
Stres ini berbeza-beza mengikut peredaran usia kanak-kanak. Selalunya pada awal kehadiran anak ibu bapa pasti berasa gembira, tetapi situasi itu boleh berubah sesuai dengan perkembangan anak.

Ahad, 3 Disember 2017

Bagaimana mungkin manusia mencari kebahagian melainkan dengan melalui Tuhan.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tengah membaca sebuah jurnal psikologi yang ditulis oleh pensyarah-pensyarah kami di UMS yang diterbitkan pada 2012,
Sebuah jurnal yang berkaitan dengan kajian terhadap perbezaan agama dan gender dalam stres, kegembiraan dan kepuasan hidup,
Antara yang tertulis di dalamnya adalah wujudnya hubungan antara agama dengan psikologi manusia.
Melalui kajian-kajian psikologi mendapati bahawa unsur kerohanian atau kepercayaan beragama mempunyai hubungan yang rapat dengan perasaan manusia.
Kajian oleh Mayers dan Diener (dalam Cohen, 2002) mendapati bahawa individu yang terlibat aktif dalam aktiviti keagamaan lebih gembira berbanding mereka yang kurang aktif.
Begitu juga dengan kenyataan oleh Leowanthal (2007) yang menyatakan bahawa kerohanian mempunyai hubungan yang rapat dengan perasaan positif dalam hidup manusia.
Kajian di Barat memperlihatkan bahawa terdapat hubungan antara agama dengan kegembiraan seperti dicatatkan oleh Francis dan rakan-rakannya pada 2000.
Dalam jurnal ini juga berdasarkan kajian terhadap mahasiswa dan mahasiswi di UMS didapati bahawa pelajar yang terlibat aktif dalam aktiviti kerohanian mempunyai kepuasan hidup lebih tinggi berbanding mereka yang kurang aktif.
**********************
Bagi umat Islam maklumlah kita bahawa kita diperintahkan sentiasa mengingati Allah dalam setiap perbuatan kita, malah kita diwajibkan untuk bersolat 5 waktu sehari-semalam.
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” (Qs. ar-Ra’d: 28).