Amir Nusantara

Rabu, 16 Disember 2015

Orang Sakit Mental dan Kerajaan

Di Luar Negara,
Rakyat yang mempunyai masalah mental,
Sekiranya mereka tidak mampu membuat keputusan yang bijak untuk diri mereka,
Maka Kerajaan akan mengambil tanggungjawab tersebut,

Di Malaysia,
Keputusan yang dibuat oleh Kerajaan,
Tidak jauh bezanya dengan keputusan yang dibuat oleh orang sakit mental,
Malah adakalanya keputusan yang dibuat oleh orang sakit mental lebih baik daripada keputusan yang dibuat oleh Kerajaan.

Keputusan yang dibuat oleh orang sakit mental hanya menyusahkan dirinya dan mungkin beberapa orang lain di sekelilingnya,

Keputusan yang dibuat oleh Kerajaan menyusahkan satu negara.

Sabtu, 12 Disember 2015

Tahniah diucapkan kepada pasukan Selangor!!!





Tanggal 12 Disember 2015 telah menjadi detik bersejarah buat pasukan bola sepak Selangor. Masakan tidak, setelah mencuba dalam beberapa siri sebelum ini akhirnya Selangor berjaya mencapai misi memenangi piala Malaysia buat kali ke-33.

Pasukan Selangor menewaskan pasukan Kedah dalam perlawanan akhir dengan 2 jaringan yang dijaringkan oleh pemain yang berasal dari labuan iaitu Hazwan Bakri.

gambar sekitar stadium hasil ihsan sahabat-sahabat FB







Menteri Besar Selangor dan Menteri Besar Kedah

sukan juga tidak terlepas dari bahang politik

pelawak tanah air turut berada di stadium, Abam (Bocey)

Ahad, 6 Disember 2015

Malaysia: seminggu yang berair mata



“Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.” [Al-Baqarah:156]



30 November 2015, satu tarikh yang membawa perkhabaran yang amat menyedihkan bagi rakyat Malaysia khususnya bagi bidang seni tanah air. Seni hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian secara mengejut bukan sahaja seorang pelawak tetapi juga seorang penghibur yang sangat versatile iaitu Yussry bin Edoo atau lebih dikenali sebagai Yus Jambu/ Pak Yus.