Amir Nusantara

Ahad, 3 Mei 2015

Demokrasi: Hak-hak rakyat

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera


P-13 (Parental Guidance 13): Bimbingan ibu bapa adalah perlu untuk kanak-kanak bawah umur 13 tahun

Demokrasi adalah membawa maksud “PEMERINTAHAN OLEH RAKYAT”. Dalam sistem ini,
semua rakyat mempunyai hak dalam menyertai politik. Hak yang dimaksudkan di sini ialah meliputi hak untuk mengundi (istilah penjawat awam wajib undi kerajaan adalah salah), menyertai pentadbiran sama ada secara langsung ataupun tidak dan bebas menubuhkan persatuan (tidak kira pro-kerajaan/pro-pembangkang).

Penglibatan rakyat dalam sistem demokrasi adalah benda yang paling asas yang perlu diketahui umum, kerana inilah yang menjadi penentu sama ada sesebuah kerajaan itu mengamalkan sistem demokrasi ataupun tidak.

Rakyat terlibat dalam sistem demokrasi melalui dua kaedah iaitu Demokrasi langsung (Jarang diamalkan dalam Negara Moden; hanya terdapat dalam beberapa Negara purba) atau Demokrasi berperwakilan.

Demokrasi berperwakilan ini seperti yang diamalkan di Malaysia iaitu rakyat MEMILIH anggota rakyat yang lain (Wakil Rakyat) untuk mewakili kepentingan bagi pihak mereka.
Dalam sistem Demokrasi juga, Rakyat MEMPUNYAI HAK:

1) untuk menyertai secara aktif dalam parti politik ataupun kumpulan-kumpulan seperti NGO tertentu.

2) Menghadiri mesyuarat tertentu atau PERHIMPUNAN AWAM.

3) mengadakan perbincangan politik (secara peribadi/ Formal).

4) Berjumpa dengan pegawai awam berkenaan dengan isu awam.

5) menyokong kuat isu-isu pilhan raya seperti isu alam sekitar, ekonomi, pembangunan dan sebagainya.

Penglibatan rakyat adalah amat penting dalam sistem demokrasi, ia mampu menjadikan rakyat lebih berkesadaran akan isu-isu yang meluas yang berkaitan dengan politik.

Sikap endah tidak endah hanya merugikan rakyat sendiri. Oleh yang demikian adalah lebih baik untuk kita sebagai rakyat terlibat sama dalam demokrasi Negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan