Amir Nusantara

Sabtu, 14 Mac 2015

kemahiran mempengaruhi: Maklumat & Psikoakademik dalam kaunseling.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Pendahuluan
Tahukah anda apa itu kaunseling? Ia merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.
Terdapat pelbagai kemahiran
yang wujud di dalam kaunseling. Antaranya ialah kemahiran berkomunikasi, melayan, mendengar, kemahiran lisan, bukan lisan dan banyak lagi. Antara kemahiran yang tahap tinggi didalam proses kaunseling ialah kemahiran mempengaruhi. Kemahiran mempengaruhi pula terbahagi kepada beberapa lagi beberapa lagi kemahiran-kemahiran kecil.

Kemahiran Mempengaruhi
Kemahiran mempengaruhi adalah sebahagian daripada proses dalam menemuduga ataupun kaunseling. Konfrantasi, fokus, refleksi makna, dan interpretasi adalah dikategorikan sebagai kemahiran mempengaruhi secara interpersonal. Antara lain kemahiran mempengaruhi ialah pendedahan kendiri, maklum balas, akibat logik, maklumat dan psikoakademik serta direktif.

Apakah kemahiran mempengaruhi: Maklumat & Psikoakademik dalam kaunseling?
Kemahiran mempengaruhi: informasi & psikoakademik merupakan satu kemahiran asas dalam kaunseling yang menuntut kaunselor untuk mengongsikan sesuatu maklumat yang sepsifik kepada klien. Sebagai contohnya kaunselor memberi maklumat kepada klien tentang kerjaya. Kaunselor perlu untuk memberi klien nasihat atau sebarang cadangan untuk menyelesaikan sesuatu isu bagi menggalakkan perubahan personal terhadap klien.
Memberi klien maklumat, memberi pendapat sendiri, atau memberi sedikit cadangan boleh sahaja menjadi sebahagian perkara yang penting dalam sesi kaunseling. Walau bagaimana pun, kaunselor perlu berhati-hati dalam memberi cadangan kepada klien, hal ini demikian kerana sebarang cadngan boleh mendatangkan perkara baik atau sebaliknya.
Di samping itu, klien juga perlu memainkan peranannya yang tersendiri, klien perlu bersedia untuk mendengar dan menerima sebarang cadangan daripada kaunselor. Klien perlu bersedia dan mengalu-alukan sebarang pendapat daripada kaunselor itu.
Psikoakademik melibatkan satu set strategi yang lebih formal dan sistematik yang boleh mempengaruhi untuk membatuk klien untuk melakukan perubahan dalam kehidupan mereka daripada yang kurang baik kea rah yang lebih baik. Kemahiran ini juga meliputi latihan-latihan seperti meditasi, latihan relaksasi dan sebagainya.

Kaunselor perlu berhati-hati dalam memberi sebarang nasihat, maklumat dan psikoakademik. Hal ini demikian kerana, kemahiran ini benar-benar boleh membuat kaunselor begitu teringin dan ketagih untuk menggunakannya.oleh hal yang demikian, kaunselor cenderung untuk mengambil alih sesi dan akan menggunakan lebih masa untuk bercakap. Kita semestinya tahu apa yang bakal terjadi bila kaunselor meberi nasihat atau maklumat yang tidak sepatutnya dan tanpa kawalan kaunselor itu sendiri. Hal ini boleh sahaja menyebabkan klien berasa bosan dengan sesi kerana kaunselor mengambil masa yang terlalu lama untuk memberi “ceramah”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan