Amir Nusantara

Ahad, 3 Mei 2015

Otot Manusia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera



Apakah itu otot?


Keupayaan untuk melakukan aktiviti-aktiviti penting oleh manusia adalah dari fungsi unik pengucupan otot. Otot mengandungi atau terdiri daripada sebahagian besar dalam tubuh manusia.
Setengah daripada berat tubuh badan manusia adalah daripada tisu otot. Manusia mempunyai 650 jenis otot bertujuan untuk menghasilkan pergerakan.
Otot manusia mempunyai tiga tanggungjawab utama iaitu menghasilkan pergerakan, menghasilkan bentuk tubuh dan juga mengeluarkan haba untuk mengekalkan suhu badan. Pergerakan manusia dihasilkan melalui pengucupan otot.

Jenis-jenis otot
Terdapat tiga jenis otot di dalam tubuh manusia iaitu:
1) Otot Rangka
2) Otot Licin
3) Otot Kardiak    
Otot ini berbeza daripada sel, lokasi, fungsi dan bentuk kawalan yang boleh dikenakan ke atasnya.

            Otot rangka melekat pada tulang dan meliputi tulang rangka. Fiber otot rangka merupakan sel otot yang terpanjang, mempunyai jalur yang jelas dan terkawal. Otot ini dikenali juga sebagai otot voluntari kerana mengandungi saraf untuk kawalan voluntari. Otot rangka mengandungi bungkusan sel otot. Setiap sel otot dikenali sebagai fiber otot. Fiber sentak cepat digunakan untuk pergerakan cepat. Fiber sentak lambat digunakan untuk pergerakan yang lebih perlahan. Contoh, pelari pecut 100 meter peratusan fiber centak cepat yang tinggi berbanding dengan pelari marathon.
            
         Otot licin atau viseral berbentuk bergulung (spindle). Hanya ada 1 nukleus: iaitu terletak pada tengah sel. Ia melekat pada tulang, bergerak perlahan, lambat lesu dan boleh mengucup untuk jangka masa yang lama. Ia adalah otot luar kawal. Pergerakannya adalah otomatik dan terdapat pada dinding dalam organ viseral seperti perut, usus, uterus dan salur darah. Otot ini berfungsi untuk menggerakkan cecair atau bahan-bahan dalam saluran yang terdapat di dalam badan.  Apabila otot licin dirangsang, impuls akan bergerak ke fiber lain dan pengucupan berlaku dalam bentuk gelombang ke fiber-fiber berdekatan.

            Otot Kardiak hanya terdapat pada jantung sahaja. Otot ini berjalur seperti otot rangka dan bercabang cuma ia di luar kawalan. Pengucupan otot kardiak membolehkan jantung mengepam darah ke seluruh badan melalui salur darah.
  
 

Perbandingan saiz dan kualiti otot lelaki dan wanita
Saiz otot berbeza mengikut jantina, seorang lelaki mempunyai kualiti dan saiz otot lebih besar berbanding dengan wanita. ini merupakan satu kelebihan bagi lelaki. Saiz  dan kekuatan  otot wanita pula adalah dua per tiga lebih rendah berbanding dengan lelaki. hal ini terjadi kerana penghasilan hormon tetosteron yang ada pada tubuh lelaki membantu pembentukan otot. Tanpa kehadiran hormon testosteron yang banyak saiz serabut otot wanita tidak akan mampu menandingi saiz serabut otot lelaki walaupun kedua-dua lelaki dan wanita melakukan latihan yang sama.  Sungguhpun demikian, kajian terkini mendapati bahawa saiz serabut otot kaki pelumba basikal wanita adalah lebih besar berbanding dengan saiz serabut otot lelaki atau wanita yang tidak berlatih.

Perbezaan mengikut umur
Individu lelaki mencapai tahap perkembangan peningkatan lakuan motor dengan sekata pada umur 18 tahun, manakala wanita pula mencapai tahap tersebut seawal 13 tahun. Hal ini menunjukkan bahawa perkembangan tahap lakuan motor wanita adalah lebih awal berbanding seorang lelaki. perkembangan otot individu paling aktif ialah sekitar umur 10-20 tahun. Hal ini disebabkan oleh penghasilan hormon-hormon seperti hormon testosterone selepas akhil baligh. Perkembangan otot bagi mereka yang mempunyai usia yang lanjut pula adalah agak lambat berbanding dengan mereka yang berusia muda.
Indivdu yang bersenam Vs individu yang tidak bersenam

            Bagi individu yang aktif bersenam atau bersukan, mereka mempunyai kualiti atau kekuatan otot yang lebih baik berbanding dengan mereka yang tidak bersenam . Hal ini demikian kerana, kualiti dan kekuatan otot akan meningkat sekiranya otot tersebut dilatih dengan latihan-latihan yang bersesuaian. Contohnya, seorang yang selalu berjoging mempunyai daya tahan kardiovaskular (otot kardiak) yang lebih baik berbanding dengan mereka yang tidak berjoging, hal ini disebabkan oleh penebalan dinding jantung akibat daripada latihan yang dijalankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan