Amir Nusantara

Isnin, 4 Mei 2015

Dato’ Seri Najib Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia Keenam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Dato’ Seri Najib Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia Keenam



           Dato Seri Najib dilahirkan di Kuala Lipsi, pahang pada 23 julai 1953.
Beliau merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohamad Noah. Dalam tubuh beliau mengalir darah keturunan Pahang, Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Bugis dan India. Beliau menerima pendidikan awal di st. John’s Institution, Kuala Lumpur. Beliau mewarisi sifat bapanya yang peramah dan tidak sombong. Rakan-rakan sekolah menyifatkan datuk seri Najib sebagai seseorang yang berperwatakan menyenangkan dan terbuka kerana sikap “keselambaan” beliau. Beliau pernah memasuki Malvern Boy’s College di Worscertershire, England sebelum Menyambung pengajiannya di University Nottingham juga di England. Beliau dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ekonomi industri pada tahun 1974.

          Beliau mula terlibat dalam politik setelah kematian ayahnda tercintanya iaitu Tun Abdul Razak pada 14 Januari 1976. Beliau telah dipilih menggantikan tempat ayahnya sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan Pekan, Pahang seawal usia 22 tahun. Beliau juga menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.

Ideologi-ideologi Dato’ Seri Najib
Konsep “1 Malaysia”
“1 Malaysia” “Rakyat di dahulukan, Pencapaian diutamakan” merupakan konsep yang bertujuan untuk memeberikan hala tuju baru terutama kepada golongan generasi baru akan kepentingan perpaduan negara. Dato’ Seri Najib berpendapat sejarah telah membuktikan bahawa semangat patriotisme dan kerjasama antara kaum telah membantu negara mencapai kemerdekaan tanpa perlu menumpahkan walau setitik darah sekali pun. Beliau percaya bahawa Konsep “1 Malaysia” mampu menjadikan Malaysia lebih kuat. Konsep ini juga bermatlamat untuk mengukuhkan perpaduan dalam keadaan kepelbagaian sebagai sumber kekuatan negara.

Transformasi Ekonomi
Sejak Dato’ Sri Najib Tun Razak mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada tahun 2009, keadaan ekonomi negara terus bertambah baik. Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dirangka beliau telah membawa perkembangan ekonomi yang memberangsangkan kepada negara. Program ini dirangka bagi memastikan Malaysia berada di landasan yang betul untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Transformasi Politik
Kerajaan di bawah kepimpinan Dato’ Sri Najib Tun Razak telah melaksanakan beberapa pakej transformasi politik paling bersejarah sejak Malaysia mengecapi kemerdekaan.  Antaranya ialah Ordinan Darurat telah berakhir, undang-undang era penjajah iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan tahanan tanpa dibicara dimansuhkan, lesen kawalan penerbitan akhbar telah dihapuskan, larangan kepada pelajar menyertai politik telah ditarik balik dan beliau juga berjanji untuk mengkaji semula Akta Hasutan.

Transformasi Perkhidmatan Awam
Jika sebelum ini bonus 1 bulan gaji atau minimum RM1,000 dan pesara kerajaan menikmati RM1,000, situasi ini hanya memanfaatkan 1.3 juta anggota awam dan 618 ribu pesara kerajaan. Kini Bonus sebulan setengah dan pesara kerajaan menerima RM500 pembaharuah ini juga akan memberi  manfaat kepada 1.4 juta penjawat awam.
Dahulu, kebanyakan pejabat dan agensi kerajaan diletakkan di premis yang berlainan dan menyukarkan orang ramai untuk berurusan. Kini di bawah Program Pusat Transformasi (UTC) telah menyediakan satu hentian pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung. Perubahan ini merupakan transformasi paling bersejarah yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

Transformasi untuk mengurangkan Kos Sara hidup
Langkah ini dilihat 1 yang sangat mencabar kerana melibatkan harga pasaran global, walau bagaimanapun Kerajaan di bawah pimpinan Dato’ Seri Najib cuba untuk memberi yang terbaik kepada rakyat Malaysia. Menerusi langkah ini maka tercetusnya idea pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), tertubuhnya Klinik 1 Malaysia, Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) dan sebagainya.

Bagi memepertingkatkan pencapaian pelajar sekolah pula, kerajaan telah meperkenalkan Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M), Intraktif- Tuisyen Rakyat 1 Malaysia (I-TR1M) iaitu kelas tambahan atas talian percuma kepada para pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah. Selain daripada itu, kerajaan turut mewujudkan Kedai Buku 1 Malaysia (KB1M) dan pemberian Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia selain pemberian Komputer Riba 1 Malaysia dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan