Amir Nusantara

Khamis, 5 Jun 2014

JEPUN MENYERANG TANAH MELAYU

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Perkongsian ini adalah berdasarkan kajian sejarah yang telah dibuat berkaitan dengan pendudukan Jepun di Tanah Melayu


JEPUN MENYERANG TANAH MELAYU

1.   Pada bulan Mac 1940, Jepun menyerang Indo-china dan menjadikan negara tersebut sebagai markas bagi melancarkan serangan ke atas Asia Tenggara. Jepun turut menyertai Perang Dunia Kedua dengan mengebom pangkalan tentera Amerika Syarikat di Pearl Harbour pada 7 Disember 1941. Serangan itu telah melumpuhkan sama sekali pertahanan Amerika Syarikat di kawasan Pasifik. Kelemahan pertahanan Amerika Syarikat di Pasifik telah menberi peluang kepada Jepun untuk bertindak dengan lebih berkesan di Timur Jauh dan Asia Tenggara. Serangan Jepun tersebut menandakan bermulanya Perang Pasifik di antara Jepun, Amerika Syarikat, Britain dan Belanda.

2.   Pada 8 Disember 1941, Jepun memulakan serangan ke atas Tanah Melayu apabila sekumpulan askar-askar Jepun telah mendarat di kota Bharu, Kelantan serta Pattani dan Singgora di pantai timur selatan Siam. Jepun menyerang Tanah Melayu melalui pantai barat dan pantai timur. Pendaratan pertama dilakukan pada jam 12.25 pagi melalui muara Sungai Pengkalan Chepa(kuala Pak Mat) oleh Kompeni ke-11, Regimen 56 (Wrigglesworth, 1991:40)

3.   Tentara Jepun yang mendarat di Kota Bharu bergerak ke selatan Tanah Melayu melalui persisiran pantai timur. Dari Kota Bharu, tentera Jepun telah menduduki Kuala Terengganu pada 13 Disember 1941 dan Kuantan pada 31 Disember 1941. Seterusnya mereka mara ke Endau, Mersing dan Kluang Johor serta Berjaya menduduki kawasan tersebut pada 28 Januari 1942.

4.   Pada 11 Disember 1941, Jepun telah terlebih dahulu telah menandatangani satu persetian dengan Siam bagi mendapatkan kemudahan mendaratkan tenteranya di Pattani dan Singgora bagi menghancurkan pertahanan pangkalan tentera datar Inggeris di utara Tanah Melayu. Dari Pattani, tentera-tentera Jepun telah bergerak ke Keroh, Perak dan Berjaya menduduki Slim River pada 7 januari 1942, Kuala Lumpur pada 11 Januari 1942 dan Johor Bharu pada 31 Januari 1942.

5.   Sementara tentera Jepun yang mendarat di Singgora telah Berjaya menawan Jitra dan Alor Setar pada 12 Disember 1941, Pulau Pinang pada 17 Disember 1941  dan seterusnya mara ke Kuala Selangor. Tentera Jepun telah Berjaya menawan Kuala Selangor pada 1 Januari1942 dan Muar pada 16 Januari 1942.





6.   Bagi mengahalang kemaraan tentera Jepun, dua buah kapal perang Inggeris iaitu H.M.S Repulse dan Prince Of Wales yang berpangkalan di Singapura dihantar ke utara Tanah Melayu. Malang sekali, Tentera Kamikaze Jepun pantas mengesan kehadiran kedua-dua kapal laut Inggeris itu. Tentera Jepun dengan cepat bertindak dengan menenggelamkan kedua-dua kapal tersebut di perairan luar pantai Kuantan pada 10 Disember 1941. Peristiwa ini telah menaikkan semangat tentera Jepun untuk terus berjuang. Sebaliknya semangat tentera Inggeris telah merosot. Penenggelaman kedua-dua kapal laut ini telah melemahkan pertahanan Inggeris seterusnya memberikan peluang keemasan kepada tentera Jepun untuk terus mara ke selatan Tanah Melayu dan Singapura. Mereka sanggup berkorban diri untuk kepentingan negara dan Maharaja mereka.

7.   Memandangkan kekuatan Inggeris tertumpu di Singgapura, maka Jepun juga telah mengatur beberapa langkah untuk melemahkan pertahanan Inggeris di situ. Setelah Berjaya menawan Johor Bharu, Jepun telah bertindak memutuskan bekalan air ke Singapura, memusnahkan kolam air, gudang senjata dan depot makanan Singapura. Selain tentera Inggeris, pasukan askar Melayu di Bukit Gap, Singapura di bawah pimpinana Leftenan Adnan turut serta berjuang bermati-matian untuk mempertahankan tanah air daripada serangan Jepun. Walau bagaimanapun, hanya dalam masa beberapa hari sahaja, Singapura ditawan dan seluruh Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.

8.   Di samping itu, Sabah dan Sarawak turut diserang oleh Jepun melalui pangkalanya  yang berpusat di Cam Ranh, Vietnam. Pada 16  Disember 1941, tentera Jepun telah menyerang perusahan minyak di Miri. Tentera British bertindak memusnahkan lombong minyak di Lutong dan Miri serta pangkalan kapal terbang di Kuching sebelum menyerah kalah kepada tentera Jepun (Buyong Adil, 1982:116). Seterusnya Jepun Berjaya menguasai Kuching dan Sibu. Pada 1 Januari 1942, Jepun menguasai Pulau Labuan, Beaufort, dan Membakut. Pada 9 Januari 1942, askar-askar Jepun telah menawan Jesselton, 19 Januari 1942 menawan Sandakan(Evans,1999:26). Tentera Jepun terus mara dengan menduduki Tawau, Lahat Datu dan Kudat. Menjelang awal bulan Mei 1942, seluruh negeri Sabah jatuh di bawah kekuasaan tentera Jepun(Buyong Adil, 1981c:37)

9.   Menjelang 31 Januari 1942, seluruh Tanah Melayu telah jatuh di tangan Jepun. Singapura telah jatuh ke tangan Jepun pada 15 Januari 1942. Ini bermakna Jepun hanya mengambil masa 70 hari sahaja untuk melumpuhkan seluruh pertahanan Inggeris seterusnya menduduki Tanah Melayu. Penduduk Jepun di tanah Melayu bermula apabila komander tentera Inggeris iaitu Leftenan Jeneral  A.E Percival menyerah kalah kepada Jeneral Tomoyuki Yamashita yang lebih dikenali sebagai Harimau Malaya pada 15 Februari 1942

10.        Dengan itu, bermula pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu di bawah pemerintahan Jeneral Yamashita yang berlanjutan selama tiga tahun setengah bulan dan berakhir pada bulan September tahun 1945.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan