Amir Nusantara

Ahad, 2 April 2017

Psikologis membaca fikiran orang lain?

Belajar psikologi mampu membaca fikiran orang?

Timbul kembali persoalan itu,

Aku pernah bertemu dengan dua pendapat,
Pertama, ahli psikologi tidak mampu membaca fikiran orang lain,
Kedua, ahli psikologi mampu membaca, meramal dan menerangkan fikiran orang lain melalui tingkah laku mereka,

Untuk membaca fikiran manusia tanpa melihat kepada non-verbal mereka adalah sesuatu yang mustahil,
Kerana mesej sebenar yang disampaikan oleh manusia bukanlah semata-mata melalui perkataan,

Ton suara, kontak mata, ekspresi muka, bahasa badan,
Di sinilah mesej sebenar.

Jadi,
Bila kalian bertemu dengan ahli psikologi,
Mereka hanya melihat sedikit kepada perkataan anda,
Fokus akan dilebihkan kepada tingkah laku bukan lisan.

Bagaimana anda berfikir berdasarkan tingkah laku?
Mengapa anda bertingkah laku demikian?
Apa kemungkinan yang terjadi hasil daripada fikiran anda?
Apa yang perlu dilakukan?

Semua itu bermain dalam perkiraan mereka.

Bahkan jika anda enggan untuk memberi sebarang respon sekalipun merupakan satu tingkah laku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan