Amir Nusantara

Rabu, 19 April 2017

Kerana apa aku berTuhan?

Ramai manusia bertuhan,
Tetapi tidak sedikit daripada mereka masih ragu dengan Tuhannya,

Ramai pula yang menyembah Tuhan,
Tetapi tidak sedikit yang mengerti mengapa mereka harus menyembah,

Jadilah mereka seperti kaum jahiliah yang menyembah berhala,
Apabila didatangkan pertanyaan,
"Mengapa kalian melakukan sedemikian?"
Mereka pula berkata,
"Kami melihat nenek moyang kami melakukan demikian".

Mereka "beragama" hasil daripada warisan keturunan,
Bukanlah Ilmu yang menemukan mereka dengan Tuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan