Amir Nusantara

Ahad, 6 Disember 2015

Malaysia: seminggu yang berair mata



“Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.” [Al-Baqarah:156]



30 November 2015, satu tarikh yang membawa perkhabaran yang amat menyedihkan bagi rakyat Malaysia khususnya bagi bidang seni tanah air. Seni hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian secara mengejut bukan sahaja seorang pelawak tetapi juga seorang penghibur yang sangat versatile iaitu Yussry bin Edoo atau lebih dikenali sebagai Yus Jambu/ Pak Yus.


Pak Yus meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital selayang selepas turut menjayakan program 'Raja Band' di Dataran Merdeka, ibu negara. Allahyarham dipercayaai meniggal dunia akbiat serangan sakit jantung.

Anak jati kelahiran Kangar ini mula bergiat dalam bidang seni melalui teater, kemudian memulakan kerjaya seni dengan menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan sebelum menjuarai program Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007.




Sehari selepas pemergian Pak Yus, 1 Disember 2015 sekali lagi Malaysia dikhabarkan dengan gugurnya sebutir lagi bintang seni tanah air. Seniwati Mariani atau Mariam Ismail dilaporkan menghembuskan Nafas terakhir di kediaman anak perempuannya pada sekitar 7.30 PM dipercayaai akbiat kanser usus.
Allahyarhama meninggal dunia pada usia 82 tahun.  Bakatnya yang merentasi zaman menyaksikan sejarah kerjaya terlakar hebat dari era Studio Jalan Ampas hinggalah ke pelbagai produksi semasa.

Sepanjang hayatnya, bekas Ratu Cantik Singapura 1957 itu pernah berkahwin sebanyak tiga kali.
Bersama suami pertamanya iaitu Darus, Mariani telah dikurniakan dua anak iaitu Noraini dan Normala. Manakala dengan suami kedua iaitu H. M. Rohaizad, mereka mendapat enam anak iaitu Sharifah Haslinda, Sharifah Rozita, Syed Herwaini, Syed Marhain, Syed Nazran dan Syed Hasnidan.Bersama suami ketiganya, Alias, Mariani memperoleh lima orang anak iaitu Iskandar Mierza, Shahruniza, Ariff Efandi, Kamarul Ariffin dan Melissa.





5 Disember 2015, Malaysia khususnya rakyat Negeri Johor menerima khabar duka dengan berita Mangkatnya Anakanda keempat Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail.
Tunku Abdul Jalil meniggal dunia pada usia yang sangat muda iaitu 25 tahun selepas bertarung menentang kanser hati yang dihidapinya.

Tunku Abdul Jalil diputerakan pada 5 Julai 1990 dan merupakan Tunku Laksamana Johor. Disahkan menghidap kanser hati tahap empat dan pernah menjalani rawatan pemindahan hati di China.


Kekanda baginda Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai TMJ malam tadi memuatnaik status di Facebook yang begitu menyayat hati di atas pemergian Almarhum Tunku Laksamana Johor itu.
TMJ menyifatkan malam tadi sebagai malam yang amat sukar baginya.

"Kepada adikku yang dikasihi... Dalam banyak malam yang berlalu, inilah malam yang paling sukar untuk saya.

"Kita semua amat sayang dan rindukan kamu. Kamu yang sentiasa membuatkan kita tersenyum. Kamu juga kekuatan dan inspirasiku," tulisnya melalui Facebook rasmi, Johor Southern Tigers.

"Kamu punyai satu sifat yang kita tiada; jiwa yang penyayang dan rendah diri. Saya sayangkan kamu sepenuh hati dan sangat rindukan kamu.

"Kamu takkan dilupakan. Namamu akan dibawa oleh warisku. Senyumanmu adalah kekuatanku.

"Semoga ALLAH merahmatimu, adikku. Saya sentiasa sayangkan kamu,".

Kemangkatan Tunku Abdul Jalil turut dirasai penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.
Siti Nurhaliza melalui kemaskini status di Twitter memberitahu akan sentiasa mengenang Tunku Jalil.

"Al-Fatihah. Perginya seorang peminat diraja saya. Patik akan selalu kenang YAM Tunku Laksamana Johor. Terlalu banyak kenangan manis," tulisnya, malam tadi.






Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan