Amir Nusantara

Rabu, 4 Jun 2014

Jepun Di Tanah Melayu

      Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakahtuh

Saya ingin berkongsi sedikit ilmu sejarah yang pernah saya belajar dahulu,
peristiwa ini melibatkan pendudukan Jepun di Tanah Melayu khususnya...


mengapa semua ini terjadi? di sini terdapat beberapa faktor yang mendorong peristiwa itu berlaku.




KEPERLUAN TERHADAP BAHAN MENTAH
a.    Dasar pemodenan yang dilakasanakan oleh Maharaja Meiji telah manjadikan Jepun sebagai sebuah negara perindustrian yang moden setanding dengan negara-negara Barat. Oleh itu, Jepun amat memerlukan bahan mentah yang banyak bagi memenuhi keperluan perindustrian seperti petroleum, bijih besi, aluminium, bijih timah dan getah. Di samping itu, Jepun juga berhasrat untuk meluaskan pasaran bagi barangan siap yang di hasilkan oleh kilang-kilang di Jepun.
b.    Sebelum itu, Jepun memperoleh segala keperluan kilangnya dengan mengimport bahan tersebut dari Amerika Syarikat dan Eropah. Akan tetapi bekalan bahan mentah tersebut terhenti akibat dasai imperialisme Jepun yang agresif ke atas negara China serta menganggotai Kuasa Paksi. Lantaran itu, Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas Jepun bagi mengekalkan imbangan kuasa di Asia.
c.    Sehubungan itu, Jepun terpaksa bertindak menyerang Asia Tenggara terutama negara-negara yang kaya dengan bahan mentah yang diperlukan oleh sektor perindustrian di Jepun. Contohnya, Tanah Melayu sememangnya memiliki kekayaan seperti yang dikehendaki Jepun.
d.    Bagi mendapatkan permintaan dan pasaran yang lebih luas di Asia, Jepun telah mewujudkan kerjasama ekonomi dikalangan negara-negara Asia dikenali sebagai  “Lingkungan Kemakmuran Asia Timur” atau “Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya”. Selain memajukan ekonomi di negaranya, Jepun juga berjanji memajukan ekonomi di negara-negara Asia Tenggara.
 KEINGINAN JEPUN UNTUK MEMBEBASKAN ASIA TENGGARA DARI PENJAJAHAN BARAT.
a.    Kemunculan sentiment anti-Barat dan anti-China yang menebal dalam kalangan masyarakat di Asia Tenggara telah mendorong Jepun bertindak untuk mengusir kuasa-kuasa Barat dengan melaungankan slogan “ Asia Untuk Orang Asia” atau “Asia Timur Untuk Asia Timur”. Melalui slogan ini, Jepun telah membangkitkan keinginan orang Melayu untuk memerintah negara mereka sendiri dan dengan itu rakyat harus berusaha membebaskan Asia Tenggara dari belenggu penjajah Barat. Propanganda ini menguntungkan Jepun kerana Jepun bukan sahaja berjaya menarik sokongan rakyat, malah dapat menbangunkan perindustrian di negaranya dengan menguasai negara-negara Asia Tenggara yang kaya dengan pelbagai bahan mentah yang diperlukan.
b.    Atas alasan ini dapat memasuki Asia Tenggara dengan mudah. Masyarakat di Asia Tenggara bersyukur dengan kehadiran kerana mereka percaya bahawa niat Jepun sememangnya ikhlas untuk membebaskan mereka daripada penjajahan kuasa Barat. Oleh hal yang demikian, Jepun telah berjaya meraih simpati rakyat untuk  memberi sokongan dan kerjasama bagi menjayakan misi ekonomi dan politiknya di Asia Tenggara.
 
     SEMANGAT PERJUANGAN TENTERA JEPUN
a.    Pada tahun 1932, pentadbiran Jepun jatuh ke tangan pihak tentera. Pada masa yang sama, Jepun telah muncul sebagai sebuah kuasa dunia yang kuat. Berbekalkan semangat ketenteraan dan kekuatan yang dimiliki, maka Jepun bercita-cita untuk melancarkan dasar Imperialisme bagi membentuk sebuah empayar yang terbesar di Asia.
b.    Jepun telah berjaya menduduki beberapa buah negar di Asia seperti Korea pada tahun 1895, Manchuria pada tahun 1931 dan beberapa wilayah di negara China pada tahun 1937.
c.    Pada tahun 1939, Jepun telah menyertai Kuasa Paksi dengan Itali dan Jerman untuk menentang Kuasa Berikat. Oleh itu, Perdana Menteri Jepun iaitu Jeneral Tojo Kideki menguatkan keazaman bagi menjadikan negaranya lebih agresif dengan meluaskan pengaruhnya di seluruh Asia Tenggara.
 
             PERTAMBAHAN PENDUDUK JEPUN
a.    Jepun telah mencapai  pembangunan sosio-ekonomi yang pesat melalui Dasar Pemulihan dan Pemodenan yang dilakukan oleh Maharaja Meiji. Hasilnya penduduk Jepun bertambah dengan cepat. Walau bagaimanapun, kemajuan yang dicapai ini telah mencetuskan pelbagai masalah kepada negara.
b.    Jepun mengalami kekurangan tanah pertanian begi menampung jumlah penduduk yang bertambah. Jumlah penduduk yang berlipat kali ganda dan tidak seimbang dengan jumlah kawasan pertanian. Di samping itu, Jepun juga menghadapi masalah kekurangan bahan mentah untuk keperluan kilangnya. Bagi mengatasi masalah ini, Jepun terpaksa melancarkan dasar imperialism di Asia Tenggara bagi mendapatkan segala keperluan penduduknya dan kilang-kilang di  Jepun.


1 ulasan: