Amir Nusantara

Ahad, 17 Mei 2015

Pandikar Letak Jawatan atau Tidak? atau satu lagi strategi?


Image result for dr mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah memaklumkan kepadanya untuk meletakkan jawatan sebagai speaker Dewan Rakyat.

Tanpa memberi maklumat lanjut mengenai perkara tersebut, mantan perdana menteri itu berkata, Dewan Rakyat kini dipengerusikan oleh timbalannya Pandikar, Datuk Ronald Kiandee.

"Speaker sudah berhenti dah. Dia jumpa saya nak berhenti. Speaker dah berhenti. Sekarang yang jadi Pengerusi Dewan Rakyat ialah timbalannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada hadirin dalam program Bicara Negarawan di Ipoh kelmarin.

Walau bagaimanapun, menurut laporan Astro Awani, Tan Sri Pandikar telah menafikan kenyataan Tun Mahathir itu, Katanya, beliau akan bertugas seperti biasa sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlime ke-13 yang akan bermula Isnin ini.

Image result for pandikar amin mulia
"Saya akan mempengerusikan upacara mengangkat sumpah Ahli Dewan Rakyat bagi dua ahli baharu daripada Parlimen kawasan Rompin (Datuk Hasan Arifin) dan kawasan Permatang Pauh (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) serta urusan-urusan mesyuarat yang ditetapkan pada 18 Mei 2015 (Isnin ini)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu Ahli Parlimen Kota Belud, Dato’ Abdul Rahman bin Dahlan melalui laman sosial miliknya turut menafikan peletakkan jawatan Tan Sri Pandikar.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perbezaan kenyataan tokoh-tokoh ini menimbulkan persoalan, Benarkah Pandikar ada berjumpa dengan Tun? Adakah Tun yang salah faham atas kenyataan Pandikar? atau pun ada satu rancangan strategi daripada pihak Najib untuk burukkan nama Tun?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan