Amir Nusantara

Ahad, 3 Disember 2017

Bagaimana mungkin manusia mencari kebahagian melainkan dengan melalui Tuhan.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tengah membaca sebuah jurnal psikologi yang ditulis oleh pensyarah-pensyarah kami di UMS yang diterbitkan pada 2012,
Sebuah jurnal yang berkaitan dengan kajian terhadap perbezaan agama dan gender dalam stres, kegembiraan dan kepuasan hidup,
Antara yang tertulis di dalamnya adalah wujudnya hubungan antara agama dengan psikologi manusia.
Melalui kajian-kajian psikologi mendapati bahawa unsur kerohanian atau kepercayaan beragama mempunyai hubungan yang rapat dengan perasaan manusia.
Kajian oleh Mayers dan Diener (dalam Cohen, 2002) mendapati bahawa individu yang terlibat aktif dalam aktiviti keagamaan lebih gembira berbanding mereka yang kurang aktif.
Begitu juga dengan kenyataan oleh Leowanthal (2007) yang menyatakan bahawa kerohanian mempunyai hubungan yang rapat dengan perasaan positif dalam hidup manusia.
Kajian di Barat memperlihatkan bahawa terdapat hubungan antara agama dengan kegembiraan seperti dicatatkan oleh Francis dan rakan-rakannya pada 2000.
Dalam jurnal ini juga berdasarkan kajian terhadap mahasiswa dan mahasiswi di UMS didapati bahawa pelajar yang terlibat aktif dalam aktiviti kerohanian mempunyai kepuasan hidup lebih tinggi berbanding mereka yang kurang aktif.
**********************
Bagi umat Islam maklumlah kita bahawa kita diperintahkan sentiasa mengingati Allah dalam setiap perbuatan kita, malah kita diwajibkan untuk bersolat 5 waktu sehari-semalam.
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” (Qs. ar-Ra’d: 28).

1 ulasan: